Thursday 20 October 2011

On The Day!

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki
•Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•Cincin / gelang tangan / rantai.
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
•Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain. * x payah nak gedik buat ni sume*

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
•Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
•Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

No comments:

Post a Comment